Thursday, November 5, 2015

L A P A R

 As-Salam, happy wednesday korang..! korang break1st apa pagi tadi? 
Aku makan burger daging tapi kenapa lapar sangat perut ni. Aku bela saka ke atau aku yg saka?? haha! nak makan pun tak sempat sangat, mampu minum air je. Tapi korang mampu ke minum air tak kurus2 gak badan nie. Menternak lemak je la kejenya. 
Pagi2 memang kene minum kopi, sebab aku jenis suka hidu aroma kopi tu. Takdela kopi mahal pun, aku minum Kopi Kapal Api je la, setengah orang cakap rasa tak sedap sebab keras sangat kopinya, tapi aku punya tekak aku punya suka la kan! Haha tak la, sebab bau kopi kapal api ni serius wangiiiiiiiiiiiii sangat!!!!! tenang je rasa bila sambil hirup tu sambil bau.. Hmmmmmmmmmmmmm. Ni aku tulis pun aku terbau2 plak. hehe jangan melelah air liur aku belanja korang gambar burger aku buat ok. Halal n bersih, yelah buat sendiri..

Resepi boleh stalk dan boleh share..;)


BEEF BURGER

Resepinya:

Daging hancur jenama Ramly atau sebagainya pun boleh
Serbuk lada hitam
Bawang besar di potong dadu
Roti burger jenama apa-apa pun boleh


Cara-cara
Satukan kesemua bahan iaitu daging kisar, bawang dadu dan lada hitam serta sedikit serbuk perasa jika perlu. Dah gaul sebati boleh digrill di dalam pan.
Siap grill boleh la hias ikut suka ya.. Opss lupa ada telur! Ikut suka kalau nak letak.



Selamat Mencuba!

Wednesday, November 4, 2015

Cuba Try Teka!


Ok boleh start teka ye, agak2 mana aku g holiday ni???

Nanti entry lain hari kite up ye...
Tata! yeah esok khamis!

JEng JEng JEng!!!


Sila Layan Jangan Muntah..!!!!

Korang! Korang! pless la layan la gambar ni, ke aku kang syok sendiri?? hahaha!
Gambar lama ye pun.. tahun 2012 dah basi.
aku punya permulaan sbgai tuttttt.. ish segan la. hehe! kite ank dara lagi tau..!
25 Augus 2012, jadi tahun ni 3 tahun usia perkahwinan aku.
MAsih mentah lagi, jadi jangan tanya tips memacam okehhhh. Hahaha!
okeyh ayat sedap cmni la, 3 tahun rasa macam baru 3 hari! ecehwahhhhhhh! lain pasangan lain orang lain pengalaman dan lain cerita. So tak boleh samakan, kan?
Aku pgil laki aku "Sayang" je, penah paggil abang tapi die merajuk die cakap peliknya biasa panggil sayang tapi tetiba panggil abang lak, so ikut citarasa memasing la..
Mr.H ni aku kenal dari tahun 2009, kenal pun secara tak sengaja.. Kalau difikirkan memang dah jodohkan, berkapel dengan orang lain, berkawan dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Tapi smua berkaitan, dari start berkapel la mula dengan perkenalan aku dengan Mr.H aku ni. Kalau tak sebab putus cinta takda la dia dalam hidup aku kan.
woi! jangan nak serkap jarang.. kang nanti la aku cerita entry lain okeyh. Tak syok la layan cerita panjang2, Jemu lak korang baca!

So, jommmmmmmm...


Zzzassssssssssssss sedebuk.............!

Ni la Jebon@Aku



Tuesday, October 27, 2015

Throwback banyak! Bukan sikit tau..

Kahwin??? Ish yeke ni dah kawin haha!
Korang rasa nak baca ke..? Agak-agak nak jugak la story pasal hal kawin2 ni. takkan orang lain je story mory kan, aku pun nak la jugak! Orang story pasal hal bahagia ni, hal cantik ni, kita pun nak la jugak kan. Tipu la sebagai manusia biasa tak nak share semua ni.
Tu la, tapi tengok jugak jenis bercerita tu dia je yang cerita kita lak naik muak kan?
ye tak????
Ko rasa? macam nak bagi pelempang jugak kan, at least ada 2 way komunikasi kan. Hehe! baru la syok nak cerita apa2 kat member.
Eh, melalut plak kan.. Ni intro je lain kali la up entry pasal kawin ni
boleh la bagi gambar aku yang macam hantu cina tu! Haha! #cantiksebabmekaptebal