Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur, hari ni aku diberi kesempatan untuk berkongsi dengan korang semua c0tcet cerita karut aku ni! hehehe.
Ada yang tau dan ramai yang tak tau aku dah pun selamat melahirkan baby sulung kami bulan Januari yang lepas. Ha..! sebab tu la aku buat entry ni nak share dengan korang pengalaman sepanjang aku mengandung, berpantang and bersalin!
Cewah padahal anak baru sorang dah ada hati nak share pengalaman la sangat kan... yuksss! haha lantak la, setiap orang yang mengandung dan bersalin punyai pengalaman dan cerita yang berbeza. Jadi tak salah aku share mungkin ada certain perkara tu korang tak pernah alami and tak tau cara nak handle. So jangan marah kalau entry kali ni agak panjang.
Aku bagi korang layan dulu gambar baby aku ye.. Tak tau la ikut muka siapa, tapi ramai yang kata ikut muka mommy dia! Yehhhhh.....! Sebenarnya ada cerita di sebalik nama yang aku bagi kat anak aku ni, dan sepatutnya bukan la nama ni, tapi mungkin dah jodoh dengan nama yang ni. Dan nama yang ni aku yang pilih! bila dan panggil setiap hari, memang nampak serasi nama ni dengan anak aku.
Topi mini0n untuk raya 2018 dah dirasmikan terlebih dahulu.. Sekarang pergi mall, memang manjang beli baju and barang budak kecik ni. Asal nampak baju cantik je nak beli. Bila dah beli muka macam "singht" ohhh nooo duit makin cikit. Hahaha lepas tu insooooooffffff sekejap. And akan berulang semula kejadian mcm tu bila pergi mall semula.. Dushhhhhh..!
Gelak budak kecik ni la buat momy dia rindu tiap hari...........
Suka buat tangan macam tu macam nak mintak duit raya je kan........
Coffee Moffee setelah 3 bulan berpantang, masa ni kat Pak Hailam Kopitiam, kemain lagi budak kecik ni kan, baju nak smart2 je..
bila bergambar dengan momy dia, ada je yang spoilt.....buat kelip mata la, sangap la.. adoiyai anak!
Walaupun kita ramai anak, anak yang sulong tetap menjadi anak yang istimewa dihati kita, sebab anak yang sulong tu la yang menjadikan kita sebagai "ibu" dan "bapa". Anak sulong jugalah yang banyak mengajar kita menjadi parents yang terbaik.. Sangat istimewa dan pengalaman pertama nilah yang paling semua ibubapa tak dapat nak lupakan. Walaupun mungkin pada masa akan datang ibu akan ada adik, tapi awak tetap yang teristimewa di hati ibu sebab awak banyak mengajar ibu menjadi seorang ibu dan bersikap sabar.
Korang, masa awal-awal, aku dah listkan nama anak aku "al-tamis" aku minat sangat dengan nama ni sebab membawa maksud "panglima". dan aku berharap anak aku sekuat panglima islam berjihad ke jalan Allah swt. Tapi ntah dah nak due bersalin terdetik kat hati ni, mungkin waktu ni Allah jentik hati aku untuk namakan anak aku "Syaikhul" yang membawa maksud pahlawan. Dan dalam islam ada pahlawan islam zaman dahulu bernama Syaikhul Islam. Jadi aku namakan anak aku Syaikhul Habib yang membawa maksud pahlawan dan kekasih.
Aku sangat berterima kasih pada anak aku menjadi pahlawan dan sanggup berperang dengan benih yang lain sehinggalah dia menang dan sanggup menyambut lambaian tangan aku untuk sama-sama meneruskan hidup dimuka bumi ini, Syaikhul Habib seorang yang kuat dan sanggup hidup dengan aku. Manakala Habib pula yang bermaksud kekasih yang menjadi kekasih hati aku dan suami setelah 5tahun perkahwinan kami, anak inilah kekasih hati kami dan kekasih Allah utuskan untuk kami merasai nikmat kebahagiaan memiliki zuriat pinjaman dari Allah swt. Terima kasih ya Allah.
Aku ingat lagi masa anak aku lahir 26.01.2018 masa tu usia kandungan aku 37minggu 6 hari.. Masa ni aku tak ambil cuti awal untuk bersalin sebab aku jangkakan aku bersalin dalam 39 @ 40 minggu. Tapi kuasa Allah, tak da rasa sakit.. takda contraction pagi 25jan tu aku rasa basah kat kain aku tido, rupanya air ketuban dah pecah... aku ingatkan aku terkencing.. tapi air tu jernih kecoklatan, dan tak berbau.. malah rasa hangat je airnya... owhh sah lah air ketuban. Suami aku suruh aku siap cepat2 risau aku nak bersalin.. hehehehe.. aku ingat lagi suami aku cakap sambil gelak2.. "hehehe syg nak bersalin dah!" ya allah gemuruh je tengok dia pagi2 buta gelak2 riang.. tapi aku tetap relax, sebab aku ada baca bila air ketuban dah pecah. momy ada 12 jam untuk tunggu bukaan baby untuk bersalin. jadi no need rushing ye momy.. aku mandi dlu pakai wangi2 sebab nak g hospital kan nanti busuk2 tak sedap lak badan.. sampai hospital, bukaan baru 2cm. aku mintak balik tapi doc suruh jgak masuk ward, sebab risau baby lemas @ tertelan najis.. bila air ketuban kerap keluar baby boleh lemas ye momy.. di sebabkan semakin kurang air ketuban dalam perut kita. dan bahaya. dan mula la episod kene masuk wad, tapi tak lama.. malam tu pukul 12.40 Pagi aku selamat melahirkan Syaikhul Habib bin Hamidee.. Alhamdulillah..
ok, nanti aku sambung entry macam mana keadaan semasa kene induce di sebabkan air ketuban pecah, so doc inudce untuk mempercepatkan proses bersalin kerana risau keadaan baby lemas dan boleh merisikokan bayi untuk meninggal.. itu next entry ye..
chowww dlu gengss....!


































