Assalamualaikum sayang2 semua.... lama kan aku tak hapdate.
Bukan apa, bukan jauh hati atau malas, cuma tak da apa nak cerita. Tak best la kan kalau cerita sedih. Tapi memang apa aku nak story ni benda menyedihkan, yang korang masih tak tau..
Aku ok je..aku dah pun move on..
Awal2 jelah sedih sangat. Sedih yang menikam2 sangat hati ni.. Bila menangis tu aku teresak2
rasa macam nak semput sebab apa aku lalui, bagi aku terlalu menyedihkan.
Now masih sedih tapi taknaklah ikutkan hati ni..
Sebab aku tau Allah s.w.t masih sayangkan aku sebab tu dia bagi peluang untuk
aku sedut udara di dunia ni.. Alhamdulillah syukur.. mungkin aku selalu merasakan kehidupan
aku tak cukup, sebab tu Allah turunkan ujian. Satu ujian yang berat dalam hidup ni..
Ujian yang aku tak menyangka..
Allah turunkan pelangi, cantik sangat pelangi tu! warna warni bersinar.................
tapi kenapa pelangi tu sekejap je, lepas tu malap dan hujan lebat..
tapi tak mustahil satu hari nanti pelangi tu muncul semula.. Malah lebih besar dari yang sekarang Allah bagi...
Insyaallah.. Aku percaya akan qadaq & qadar Allah swt.
La Tahzan La Tahzan La Tahzan
Sebelum ni kan ada aku cerita pasal hal aku preggy.. buat pengetahuan korang aku dah TAK pregnant. Sepatutnya sekarang kandungan dah berusia 5 bulan. Tapi apakan daya aku hanya mampu merancang, tapi sebaik-baik perancangan itu dari Allah.. dan aku redha..
Semuanya bermula 29 September 2016 yang lepas..
Berapa hari sebulan 29 September tu aku buat check up baby untuk kali pertama, ok baby sihat alhamdulillah membesar dengan jayanya. Mummy dia pun sihat langsung tak menunjukkan apa-apa sympthom sakit atau sebagainya. Doktor siap bagi appointment untuk scan beby seminggu lepas tu.
tapi.................
dua hari lepas check up baby.. tengah bersiap-siap nak pergi kerja macam biasa, mandi wangi2 gosok gigi.. Tiba-tiba keseluruhan badan aku nak-nak area bahu ke belakang cramp weyhhhhhhhh!
Masa cramp tu aku tengah gosok gigi cangkung melabur hasil timah.. hahaha!
Tapi tak tertahan sakitnya!!! Aku cuba tahan sampai nak jatuh rasa.. tak sempat aku habiskan mandi aku cuba juga bangun dengan papah tangan dekat kolah mandi. Aku gagahkan diri untuk berdiri.. keluar je dari bilik air, aku teriakkkk laki aku..
"sayang..sayang....sakitttt..........sakit........."
Allahu sedih plak bila teringat.. sakit yang tak tertahan. Aku masih tak tau sakit tu sakit apa.
Tapi rasa macam 1 badan penuh dengan angin sampai tongkeng aku rasa nak keluar angin tapi tersangkut. Aku ingatkan angin nak kentut tak lepas.. tapi attack bahu aku sekali.. apa ni sakit apa ni..
Mr.H ajak pergi klinik@sepital tapi aku cakap takpe aku tahan. nanti dah teruk aku pergi laaa.. aku lupa pam tandas pagi tu. and tak dapat nak lap badan. Badan basah-basah lepas mandi aku terus je baring. So, hari tu aku terpaksa ponteng kerja.. Mr.H pun sama sebab dek dia kesiankan aku dia pun sama ponteng kerja and jaga aku. Sebab aku nangis tak tahan sakit dengan aku tak boleh alih bahu ni rasa macam bahu nak tertanggal.. Mr.H la tolong aku bangunkan bahu aku dulu baru aku boleh duduk. Ya Allah sakit sgt. aku keep mengerang kesakitan sedangkan tak tahu kenapa sakit mcam tu sangat............ sampailah dah petang dalam pukul 7 aku gagahkan diri pergi ke klinik.. klinik dekat2 je.. klinik Medisina dataran centrio. Syukur sangat mampu jugak akhirnya aku pergi klinik..
Jumpa doktor lelaki, tapi doktor and staff baik sangat layanan superb walaupun ni 1st time aku pergi klinik tu.. Masa jumpa doktor aku bagitahu la aku sakit sekian2.. doc cek and buat scanning perut ni untuk tahu kedudukan baby............................ tapi aku sebak, tak dapat tahan apa doktor nak bagitahu..
Doktor tak berani nak sahkan, tapi dia dia cakap untuk lebih detail dia nak aku sahkan kat hospital besar. Dia bagi refer letter untuk aku terus ke emegency bahagian o&g. Doktor sahkan aku kena Ectopic Pregnancy. Takpe ni aku terangkan, ectopic pregnancy merupakan kehamilan luar rahim, baby takda dalam rahim tapi dia membesar di tiub falopia atau usus besar. Macam kes aku ni, baby aku yang comel tu membesar di tiub falopio. Dan disebabkan aku berlengah ke klinik, telah menyebabkan tiub aku pecah dan terdapat pendarahan dalaman.
so.. lepas dari aku refer ke hospital besar. Dorg terus je cek aku and terus suruh aku buat operation on the dot..! Goshhh! aku terkesima.. macam mana ni nak kene operate.. aku siap cakap kat doktor tak boleh ke esok je............................ doc pandanggggggg sighhhhhhhh...
uhhhhhhhhhhhhh ok... immediate operate.. coz of dah bleeding dan boleh menyebabkan aku pengsan dan boleh meninggal dunia...
korang aku tak sempat nak baca apa-apa pun, tak sempat nak mengucap atau call family sebab aku teramatttttttttttttttt sedih..! aku cuma harap baby aku selamat tapi apakan daya..
JAM 1.45 PAGI ..........2.30 PAGI KHAMIS
Selesai operation, haus sangat.. rupa-rupanya lepas operate tu Mr.H tunggu tapi aku memang tak berdaya nak tepon dia.. rupanya dia tunggu kat bilik menunggu.. alahai kecian dia.. tapi aku tak sedar dah aku terus tidooooooo...lama sampai ke pagi esoknya..
Keesokkannya, aku rasa sakit kat perut ni.. tak boleh nak bangun.. Allahu apa dah jadi dengan aku ni lepas operate.. Nurse pulak asyik tanya "kalau sakit bagitau, saya cucuk ubat tahan sakit". aku tengok dia takda pulak tanya kat orang lain.. Adalah 1 masa ni aku gagahkan diri pergi toilet sebab dah tak tahan nak terkucil.. sekali aku tengok la kat cermin.. rupanya..
operation tu dia melibatkan perut aku.. dia bedah perut aku rupanya.. pastu dia tebuk pulak lagi 3 lubang.. alahaiiiiiiiiiii patutlah sakit semacam.. baru la aku rasa macam mana sakitnya orang yang operation untuk beranak tu.. Allahu..
Lepas selesai discharge, aku dapat cuti sakit@mc sebulan sampai hujung bulan oktober. Alhamdulillah dapat rehat2. Masa dekat ward ada mak ayah datang melawat, ada jugak kawan yang nak datang ziarah tapi aku tak bagi sebab aku tak kuat. Takut jadi semakin sedihhhh.. Akak-akak dekat opis seremban ni memang sangat memahami.. aku sayangkan dorang sangat2.. Kak ani ada je melawat aku dekat rumah, Masa tu dah boleh nak gerak sikit.. Cuti sebulan tak cukup nak recover sakit tu, tapi slowly memang makan masa untuk pulih sepenuhnya. Tiap malam aku sedih.. mr.H cakap "dahla tu sayang, x elok la untuk kesihatan asyik nangis je "
me; "sayang tak paham apa sya rasa"
mr.H ; ye.. tapi ni ketentuan tuhan, nnt sayang dah sihat kte cuba lagi, abg kesian tengok sayang asyik nngis je.. dah la tu.. nnti lambat nak sihat..."
Macam ni la ayat dia memujuk isteri cembeng dia ni.. Masa aku berpantang mr.H la buat semua benda. Aku tak larat nak pantang kat kampung sebab rasa sakit sangat terhentak-hentak dalam kereta dengan naluri aku tak sampai hati nak tinggalkan mr.H.
Alhamdulillah now bulan 1, dah 5 bulan yang lepas.. aku dapat menceriakan diri aku. Memang perasaan sedih tu masih ada, tapi aku bendung. Aku percayakan rezeki yang Allah bagi. Kalaupun rezeki bukan berbentuk anak, tapi mungkin Allah hantar rezeki tersebut dalam bentuk lain, kewangan yang kukuh, kasih sayang atau kesihatan. Semua tu kita tak perasan. Kita asyik minta benda yang kita nak, padahal apa yang kita ada kurniaan terbaik dari Allah dan kita lupaaa..
MasyaAllah apa la aku ni.. aku tak pernah bersyukur.. Semoga lepas ni apa sahaja adalah rezeki dan itulah terbaik untuk kita. Aku beruntung walau aku masih berdua, aku tetap bahagia.. Inilah rezeki aku dapat berdua dengan yang tersayang tak semua orang dapat saat berdua yang aku miliki sekarang. Alhamdulillah. Aku doakan korang semua pun dapat memiliki kebahagiaan korang, jangan anggap kita susah tu kita tak bahagia.. bahagia tu sesuatu yang subjektif. Tak ada cara untuk diterjemahkan bagaimana rasa bahagia. Ada yang menangis bukan bererti sedih, ada yang gelak bukan pula bererti bahagia dan gembira.
Apa jua, itulah rezeki dan qadaq/qadar dari Allah swt..
Hargailah selagi kita hidup.
Wallahualam, terima kasih sebab korang baca entry ni panjang sikit.
Insyaallah aku akan usaha lagi masa akan datang.. Amin doakan ye..;)


No comments:
Post a Comment