Assalamualaikum, ni live dari Krabi ok! haha! Taklah dah lama balik ke pangkuan jalan pun.. Actually takda langsung plan nak ke Krabi, sebab plan asal nak ke Bali, Indonesia atau Yogjakarta Indonesia, tapi apakan daya bila fikir-fikir semula Krabi,Thailang pun masih termasuk juga dalam list kteorang, so disebabkan ringgit jatuh, maka untuk keselamatan kita pergilah Krabi.
Sebenarnya inilah percutian Bakpackers kami,, jimat dan sempoiiiii...! Tiket dah lama aku beli dari bulan 9 tahun 2016 lagi sebab nakkan harga yang murah! macam biasa la harga murah mestilah dengan Airasia. Tapi disebalik dapat harga murah tu ada kejadian yang sangat tak disangka! Akan aku kenang sampai mati! cheeewah! tu nanti aku story mory ye.. Sebab kita nak story dulu percutian yang super duper ohsemmm ni! kiranya story yang gumbira laaaa.. ;p yang sad2 last nanti baru bgtau. hehehe! Flight kami pukul 7.15 pagi, jadi sekitar 5.30 pagi aku dan Didee dah pun berada di KLIA2. Kami solat kat airport dan cek in luggage awal2. Bagi yang tidak tahu, KLIA2 sangat besar, 3 kali ganda KLIA1. So, untuk selamat dan dari tidak terlepas flight, korang kene berada seawal 4 jam sebelum penerbangan. Yelah nak cekin memang macam2 prosedur, kalau ada antara korang bawa anak kecil make sure smpai awal ye...;)
Tengoklah muka happy ni! And that day Didee la hero aku! Thanks Didee..
Muka happy dah dapat fly!
Muka happy dah dapat fly!
Muka happy dapat jalan
Sampai awal di KLIA2 jadi selpie banyak2 la
Kenapa aku memilih untuk percutian backpackers.. Sebab tujuannya adalah untuk enjoy suasana yang tak terlalu formal. Baju kteorang bawak pun sikit je setakat ckup untuk percutian selama 4 hari 3 malam disana. Kiteorang memang tak ada booked mana2 pakej pun dari Malaysia. apa2 hal pun semua maklumat dah pun aku kumpul biar nanti senang untuk menjelajah Krabi! wahahaha!
Sesampai sahaja di Krabi, kami terus cari pengangkutan untuk menuju ke hotel penginapan kami iaitu Aonang Goodwill, Krabi. untuk pengetahuan korang airport Krabi kecil sahaja, dan jangan risau sebab depan airport terdapat banyak pengangkutan tak kira la bas, kereta angkut, teksi atau van persiaran. So, jangan menggelabah, chillex dan survey sikit2 la ye masa nak buat pilihan menaiki kenderaan ke tempat kediaman korang. Sebab dorang main harga je kat sana. kene pandai tawar dan pilih yang mana ok. Jangan mudah rambang mata. Masa keluar je dari airport, ada sorang akak ni tawarkan harga 800bath untuk perjalanan pergi balik airport, tapi gaya akak ni macam mendesak so aku tak suka, rupanye harga dia mahal. Dekat luar kawasaN airport, kami bertemu dengan sorang bro ni, hrga dia tawarkan dengan menaiki teksi toyotanya sekitar 400bath sahaja. So, kami decide untuk menaiki bro ni menuju ke Aonang Goodwill. Selesa and lebih cepat.. Hahaha! padan muka akak tu!
So. . . . . . . . . . . . .
Inilah penginapan kami sepanjang di Krabi,!
Kami memilih untuk stay di Aonang Goodwill, Krabi Thailand. Hotel ni aku survey dari kat Malaysia lagi, sebab aku kan jenis suka buat persiapan dari awal. Semua percutian aku plan 6 bulan sebelum pergi atau setahun awal sebelum nak pergi. Serupa macam hotel ni aku survey dekat blog2 yang rata-rata mensyorkan supaya menginap disini kerana harga berpatutan dan ruang bilik yang selesa dan luas. Selain itu, hotel Aonang Goodwill ni berdekatan dengan Masjid dan Muslim Street. Lepas je aku survey hotel ni, aku pun survey la website yang menawarkan harga murah untuk hotel yang sama. Bak kata Trivago, "buat apa bayar lebih untuk hotel yang sama? "! Chait! Tapi aku tak memilih trivago, aku pilih guna Expedia! Hahahaha! Sebab Expedia lagi murah dan berbaloi!!! mungkin masa aku survey tu dah memang rezeki aku dengan Expedia. hahaha! So, dari sini dah buat full settlement pasal hotel, Fhewww lega. Tiket semua pun settle tinggal bawal duit shopping je! boleh la berjalan2 dengan tenang. ok om layan gambar hotel ni, bilik tersangat la luas! Memang puas hati! Korang patut try hotel ni sebab harga murah, bilik luas sangat!
Ni main lobby untuk hotel kami menginap ye, actually sangat cantik and unik, dekat Main entrance lobby ada susunan perabot2 antik. Kat area koridor ada susunan perabot kayu yang cantik untuk korang lepak2 tengah malam sambil dating dengan tersayang.
Didee pun banyak tengok info2 yang ditampal pada notice board
Ni la rupa bilik kami, selesa sangat! Aircond pun sejuk tau!
Tengok korang bilik super luas memang sangat berbaloi! Actually bilik ni muat lagi 1 katil Queen size, ada balkoni yang nampak seberang jalan. Bilik air ada bath tab okeyss.. Tapi tapi tapi! takda iron board, style hotel cni memang takde iron okey. Sebab kalau korang kat sini. korang akan nampak banyak kedai2 dobi layan diri. Pakai mesin basuh macam dekat rumah je. hehe. Comel je!
Lampu ni unik dan sangat "rare"
rasa nak bawak balik rumah je! haha!
Tengok muka ceria kami! ceria popstar angat!
Kami menginap di Hotel Aonang Godwill ni selama 4 hari 3 malam, dan 1 hari tu actually adalah hari untuk berehat selepas kepenatan menaiki flight. Penerbangan mengambil masa selama lebih kurang 1jam 40 minit, takde la lama. Tapi kematu jugak lah duduk dalam Airasia tu sebab flightnya takda la besar, yelah setara la dengan kos tambang murah. hehehe! ;p
Aku pulak jenis kalau jalan jauh nak kena tenang supaya tak migrain. jadi kami chillex dan kami menikmati hari2 berpackpackers. Hari pertama sampai di Krabi jugalah hari untuk kami survey apa yang ada disekitar tempat penginapan kami. hehe! Aku and Didee memang jenis kuat survey. And buat korang janganlah risau sebab area sepanjang Pantai Aonang tu memang banyak orang jual berbagai-bagai jenis pakej. Termasuklah pakej snorkelling dan penggembaraan ke sekitar Krabi Thailand. Tu nanti aku sambung next entry ye..









Assalamualaikum, hai.. just nak reconfirm.. masa check in hotel Goodwill tu ada kena deposit ke, berapa ye ?
ReplyDeleteThank You :)