Monday, October 16, 2017

Sabar Separuh Dari Iman ^^

Assalamualaikum semua...!!!

Rasanya lama betul aku tak menulis dalam diari maya aku ni. Setelah macam tak ada semangat lepas kejadian "Pregnancy Ectopic"tu. Bukan tak ada semangat nak hidup, cuma tak ada semangat nak menulis. Mood kelaut.... Agaknya aku sibuk, sibuk dengan macam-macam perancangan akan datang sampai lupa nak meluahkan isi hati disini. Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan (Allah SWT) adalah sebaik perancang dan penentu.

Kalau nak ikutkan aku memang ada perancangan besar untuk tahun 2017 ni. Aku kan jenis suka merancang berbulan untuk sesuatu perkara terutama bila melibatkan hal-hal melancong! Hahaha! Yelah aku nak supaya segala perancangan tu teratur dan berjalan lancar. At least bila ada plan apa-apa situasi terjadi kita masih dapat tangani. Kan??? Tapi tak tahulah korang, korang mungkin jenis melancong kain redah je.. Tu semua masing-masing punya cara kan? Hehehe i is ok je. Janji sampai tempat yang dituju.

Big Plan yang aku maksudkan kat atas tu, sepatutnya hujung tahun 2017 (bulan December) aku dengan Mr.H akan fly ke Seoul,Korea. Tu smua aku dah plan dari awal. Aku dah booking melalui ejen perlancongan. Duit booking dah pun bayar. Tapi....tapi apakan daya Allah maha mengetahui dan sebaik perancang. Segala perancangan ke Korea terkubur buat masa ni. Dan tetap akan diteruskan untuk masa akan datang cuma tak tahu la tahun bila plak nak plan ke Korea sebab lepas ni situasi dah tak sama macam sebelum ni! Cewahhh... Memang sedih dan pedih apa yang kita plan, apa yang kita inginkan tak kesampaian. Tapi disebalik semua tu ada sinar dipenghujungnya.......... Sabar Allah tahu semua tu.


Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui.. Allah tahu apa yang sepatutnya berlaku..
Sebenarnya pasal hal Korea ni Mr.H macam berat hati nak pergi, sebab dia cakap masa trip kitaorang tu masa tu musim sejuk. Mungkin dia tak dapat nak tahan. Tapi buat pengetahuan korang masa musim sejuk la pakej-pakej ke korea and jepun murah sangat2! Oh tu mestilah aku tak lepaskan peluang. Lagi satu dia cakap nak pakai banyak duit kalau pergi masa musim sejuk, dengan nak beli winter coat bagai. Aku cakap takpe.."bundle" melambak jual.. hahahaha! takpun beli online memang murah2 cuma kena pandai pilih je. Ok fineeeeeeee........Mr.H jadi ikut. Sebab atas desakan aku. Aku cakap kat dia, tak ada apa yang boleh mengubah plan ni, tak ada apa yang boleh membuatkan aku cancel trip ni melainkan aku "pregnant".................... FULL STOP. Ok, Mr.H pasrah. Sebab dia tau takkan la aku mengandung dalam masa terdekat walhal aku baru je operation ectopic tu. Hahahaha aku pun sama.  

Dan dengan keizinan Allah Swt Aku memang sah mengandung.... Alhamdulillah! Syukur ya Allah dengan pemberian rahmat dariMu. Sesungguhnya apa yang aku inginkan tidak kesampaian dan Engkau gantikan dengan yang lebih membahagiakan! Amin.. Aku dapat tau aku mengandung pun masa lagi berapa hari nak masuk bulan puasa 2017. Insiden puasa ni pun buat aku teringatkan apa yang pernah aku cakap kat Mr.H. Masa Tahun aku ectopic tu. Kalau bayi dalam kandungan menjadi, kemungkinan aku akan berpantang sepanjang bulan puasa 2017. Tapi aku cakap kat Mr.H. Kan bagus kalau aku mengandung masa bulan puasa, dapat aku puasa penuh! Wahhh mulut aku memang masin. Kes ectopic menjadi dan kali kedua aku mengandung bulan puasa 2017. Alhamdulillah, tapi sayang sekali aku tak dapat puasa penuh. 5 hari aku tak mampu nak habiskan, tapi aku tetap bersyukur sebab walaupun alahan dan pembawakan teruk aku gagahkan diri juga berpuasa. Aku nekad dan yakinkan diri, sekiranya aku kuat berpuasa Allah akan membantu mempermudahkan lagi perjalanan bulan puasa aku sewaktu aku mengandung. Amin tu la apa yang aku tekadkan dalam hati aku.

Kini aku menanti hari hadirnya sikecil dalam hidup kami... 
Memang tak dinafikan ada yang mengeluarkan ayat "lama tunggukan".. Makcik sedar tak apa yang makcik cakap? Selama saya tak dikurniakan zuriat saya tak pernah menanti saat utk dikurniakan zuriat. Sebab saya tahu, Allah pemberi rezeki dan rezeki bukan hanya zuriat semata-mata. Rezeki kurniaan Allah sangat luas dan bermacam lagi. ohhh makcik bawang! Huhuhuhu. 5 tahun juga mungkin tempoh yang lama bagi orang lain. Tapi 5 tahun bagi aku sangat singkat. sebab selama 3 tahun aku duduk berjauhan dengan suami... Ulang alik dari Shah alam - Seremban dan kami tak tinggal serumah. Aku menyewa di Shah alam. Aku amat bersyukur sebenarnya setelah 5 tahun Allah mengurniakan rezeki anak untuk aku. Sebab baru aku paham hikmah yang terselindung... alahan yang aku alami teruk dan menyebabkan aku tak boleh bangun, tak dapat buat kerja rumah seperti selalu.. Ya Allah aku bersyukur, engkau maha mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hambamu.. Sekiranya masa aku tinggal berjauhan aku alami alahan yang macam aku alami ni, tak mungkin aku dapat bertahan dengan menguruskan diri sendiri tanpa suami disisi. Allah Maha Mengetahui...

Terima Kasih buat Mr.H yang banyak bersabar dan bersusah semasa aku mengandung. Allah sahaja dapat membalas kebaikan sayang... Semoga zuriat aku sihat dan selamat dilahirkan. Amin. Buat sahabat yang tak putus berdoa, korang sahabat yang baik dan memahami. Bertuah selama aku tak mempunyai zuriat tak pernah pun sahabat-sahabat aku bertanyakan perkara yang pelik dan menguris perasaan ni.. Syukur dengan kurniaan sahabat yang baik dan memahami.

Kepada pembaca aku sekalian, aku turut mendoakan kalian semua diberikan kemudahan rezeki dan diperluaskan, diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hidup, kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga apa jua rezeki yang hadir itu adalah pemberian yang terbaik dari Allah SWT dan tak perlu kita pertikaikan itu dan ini. Semuanya ada hikmah terselindung yang kadang kala kita perasan atau tidak. Semoga kalian semua dalam lindungan Allah SWT. Amin..