Percayalah rezeki tu datang dari Allah s.w.t..
Baca sampai habis kalau nak #tips..;)
Ada orang rezeki yang dorang mintak tu lambat dapat. Tapi korang kena yakin, korang letakkan keyakinan pada allah tu nombor 1 dalam hati dan otak korang. Percaturan hidup setiap orang tu berlainan, ada orang dikurniakan duit dan kesenangan yang banyak.
Ada orang dikurniakan anak yang ramai, anak yang bijak dan kehidupan yang senang serta pekerjaan yang mudah. Tetapi ada juga yang tidak dikurniakan itu semua, tapi apa pun jua itu tetaplah kurniaan yang terbaik untuk kita. Janganlah mudah mengeluh, kita kene percaya apa jua yang "datang" itu adalah rezeki bukanlah bala atau bencana.
Allah takkan menduga umatnya lebih dari kemampuan umat tersebut.
Walaupun orang cakap "ala ko takde kat tempat aku,bolehlah ko cakap mcmtu, cuba ko duduk kat tempat aku..barulah ko tau susah senang hidup ni..asam garam kehidupan yang sebenar.." ............... ye! memang kita ditakdirkan dengan perjalanan kehidupan yang berbeza.. ye!
memang setiap orang itu Allah telah menetapkan kehidupannya sebegini dan sebegitu. Itulah rezeki kita.. Jadi semakin banyak kita meminta kepada Maha Pencipta kita, semakin banyak dia akan memberikannya.. Percayalah.!
Sebab walaupun tak semua aku penah hadapi, tapi mungkin separuh dari kesusahan korang aku pernah rasai...
#tinggal berjauhan dengan mak ayah bila dah kerja
#tinggal berjauhan dengan suami bila dah kahwin
#lambat dikurniakan zuriat
Ini antara dugaan besar, dan mungkin banyak lagi tapi tak perlulah aku nyatakan.. dan antara dugaan besar tersebut aku lambat dikurniakan zuriat. Kini tahun 2016 genaplah usia perkahwinan kami selama 4 tahun. Tapi aku tak pernah beranggapan rezeki itu lambat, sebab aku percaya sampai masa dan waktu itulah yang terbaik untuk aku.
Aku beruntung sebab husben aku Mr.h tak pernah soal berkaitan rezeki zuriat. Dia sangatlah memahami. Terima kasih ya Allah engkau telah mengurniakan seorang lelaki yang sangat memahami. Kadang tu aku pulak rasa bersalah sebab lambat bagi anak. Tapi siapalah kita untuk menidakkah kekuasaan Allah. Lepas je aku dapat pindah ke Seremban, genaplah setahun 1 rumah dengan husben, now aku PREGNANT......! SYURKUR ALHAMDULILLAH! Rasa sangat tak percaya! tapi paling ketara aku nak makan durian. Aku memang tak suka durian dan tak pernah makan durian tapi secara tiba2 aku nak durian. Bukan durian murah tapi durian kacuk d101, d24 & musang king. Kaw hado??????? En husben pun kene la layan. hehe..! Aku masih tak syak apa2 masa tu. tapi masa tu aku kerap nak pitam.. Finally lambat datang bulan dan aku decided buat cek upt. Sah lagi sahih aku hamil...........!!!!!!!!!!!!!! Alhamdulillah now dah 2 bulan usia kandungan aku.
Dulu Mungkin juga jarak jauh menyebabkan kami kepenatan dan takde masa untuk bersama. atau mungkin juga dah tertulis ini adalah rezeki pemberian Allah.
Untuk anak tiada kata penantian yang aku ucapkan, andai sudah masanya aku terima.
Sebelum aku pregnant, aku takda lagi buat cek up kesuburan. semua tu baru je rancang nak buat, tapi asyik bertangguh2. Yelah benda cmtu kene guna banyak kos so aku hold la dulu hehe. Kadang tu duit dah guna buat shopping & jalan. Hehehe! Ada juga aku nak mengurut peranakan tapi tu semua tak terlaksana, mungkin semua berhikmah. Buat masa ni keluarga aku dan keluarga mentua sangat memahami dan tak pernah tanya pasal anak... cuma kadang tu orang luar jiran atau saudara mara yang menanyakan hal berkaitan anak..
Tipulah kalau hati tak tercuit! tapi aku banyak positifkan diri..sabar.. sabar...sabar... tu je aku mampu ucapkan dalam hati.. Siapalah tau isi hati kita selain "Dia" ;)
Dari segi pemakanan aku ada amalkan makanan sunnah untuk kesuburan. korang boleh jugak try.
Kadang-kadang tu aku cuma beli kurma n susu kambing untuk amalan sunnah dapatkan zuriat. So far, susu kambing "Khalish" dan "wildan" yg aku minum. Makanan sunnah ni pun baik untuk kesihatan tak salah kalau kita amalkan untuk tujuan lain. Apa pun tu pun masih juga belum dikurniakan zuriat...... tiap kali lambat datang bulan, dengan harapan yang menggunung tinggi aku mesti cek upt positive atau negative.. hehe!
Kalau korang nak tau, ada 1 benda yang aku selalu buat dan jadi amalan aku sampai sekarang.
Mula dari dapat pindah ke Seremban la aku mula yakin 100% dengan amalan tersebut.
Amalan itu adalah
Solat Sunat Dhuha...
Selama setahun aku amalkan dan aku berdoa untuk mempermudahkan pertukaran aku ke seremban dan doa aku didengar... Amin..
Mungkin korang pelik kenapa masa aku dekat Shah alam aku tak berdoa untuk zuriat, sebab aku risau aku berjauhan dengan husben. Aku harap lepas pindah barulah dikurniakan rezeki.
Setelah itu keyakinan aku terhadap Dhuha semakin meninggi.
Aku mula berDhuha dan berdoa untuk dikurniakan rezeki zuriat, Dan alhamdulillah genaplah setahun Dhuha aku untuk memiliki zuriat.
Masyaallah besar rupanya fadhilat solat Dhuha, baru kini aku tau bila 2 kejadian dalam hidup aku dan Dhuha la perantaraannya..
Kisah bermula bila kawan di opis shah alam, akak tu mengatakan kawannya mengamalkan solat Dhuha dan bnyak rezeki masuk. Aku antara percaya atau tidak. dan setelah aku amalkan barulah kini aku Percaya dan Pasti.. sehingga kini aku masih disisi suami dan mengandungkan zuriatnya aku masih berDhuha.. dan aku takkan tinggalkan.. Itulah tips aku untuk korang yang masih mencuba dan buntu. Tak lama pun solat sunat Dhuha..ambil masa 15minit dan berdoalah sepuasnya..
kalau tak pun solat saja mencukupi.. niatkan dalam hati untuk tujuan apa.
Untuk merasai sendiri korang kene amalkan, tetapkan target dan tetapkan niat berdoa untuk apa. Insyallah Allah akan bantu korang. Amin.
Aku harap #tips ni sangat membantu, dan semoga aku selamat melahirkan zuriatku kelak..
Doakan untuk aku dan baby ye..;0
*owh lupa nak bagitau ada lagi 1 rezeki besar aku dapat, insyaallah sampai masanya aku bgtau korang ye..;)
Untuk sahabat semua, aku doakan semoga korang memperolehi apa yang dihajati, cubalah rasai sendiri keajaiban solat sunat Dhuha. Mintalah kepada Allah S.W.T.. Dia maha Memberi. Percayalah dan yakin dengan hati tulus semasa berdoa.. SELAMAT MENCUBA!
















































