Tuesday, May 17, 2016

Pulau Redang

Assalamualaikum readersss hakak semua..! 
Korang cam hakak lagi tak ni?? ok bagi belanja gambar dulu..;p Amacam?? mengigil tak tengok gambar hakak ni,, aku tengok pun mengigil beb.. Yelah tak yah la cakap aku ni jakun sangat. Aku tau la aku tak penah pergi "Maldives".. tapi gambar ni macam kat "Maldives" tak?? tolong la cakap macam.. hahaha! Hargailah penat lelah aku ambik gambar untuk tatapan korang ni. Hee..

Ook, kepada yang dah tau, aku pergi bercuti awal bulan Mei hari tu. Ni la tempatnya, subhanallah memangcantik sangat. Aku tak la bajet nak pergi sini. Tetiba plak terkeluar idea pasal Pulau Redang, husben pun ok je. Hakak lagi la suka. Tapi tak sangka pulau ni memang cantik sangat. Rasa memang akan datang semula kesitu.

Actually aku pergi Terengganu sebab atas jemputan kawan aku kawin area Kemaman. Terlanjur tu aku pun menterlanjurkan diri ke Pulau Redang. Aku ingat nak la pergi ke pulau yang penginapan & kos murah. Tapi bak kata orang dah alang-alang sampai Terengganu n bajet pun ada aku just on je ke Pulau Redang, ternyata memang tak sia-sia. Ok sebelum korang bosan, korang layanlah dulu gambar2 yang sempat aku amek semasa percutian aku kat sana. Aku amek pakej ke pulau Redang korang. Mula2 aku rasa mcam rajin nak beli satu2, maksudnya nak settlekan tiket sendiri la. tapi bila fikirkan lebih baik aku maek je pakej, senang jimat masa dan tak payah pening kepala. Bukan hanya pergi menginap saja. Pakej siap makan minum, penginapan dan yang penting snorkelling. Itu nanti lain story. Ni gambar untuk tatapan korang dulu ok.. 

 Pulau Redang


View dari Laguna Resort, tenang dan aman je.. Masa ni aku baru sampai dan nak tunggu toto hotel angkut kami. haha Toto pun boleh la kan..


Ni view dari tempat untuk diving kat Laguna Resort

amboi mr.h..kemahain lagi ko kan.. betul2 lega dah sampai ke Redang..


sesi meregangkan kaki..tengok la suasana.. "heaven & earth"

 Jambatan Reef

Depan kedai cenderahati..di Long Beach

Gambar kenangan depan Laguna Resort

 Kami dekat jambatan Reef Redang, datang sini mesti singgah jambatan ni untuk abadikan gambar kenang-kenangan.

Ni last day dekat Delima Resort, selamat jalan semoga ada rezeki akan ke sini lagi.. Amin!

Korang kalau ada merancang percutian kesini, tapi nak percutian bajet dan selesa.
Korang boleh cuba try pakej aku amek ni. Pakej ni dengan Delima Resort. Pakej full board termasuk tiket feri pergi balik dari Jeti ShahBandar, Makan sepanjang di pulau, trip snorkelling di "deep Sea" dan taman laut.

Tapi nak bagitau korang Trip Snorkelling memang super duper ohhseeeem!
boleh layan gambar aku ni.. agak2 over tak?? try la pergi sini mesti nnt korang yang over! hahahaha!

Muka cantik lagi bermekap masa ni, ni tengah odw nak ke tempat snorkelling.. Muka tahan mabuk hehe, aku makan ubat mabuk pun tak jalan last2 aku makan ubat migrain baru ok. sampai blk semula ke terengganu pun masih ok. tak mual langsung.. haha! #tips ni boleh pakai utk org tak tahan mabuk.


 Taman Laut Pulau Redang





Snorkelling di "Deep Sea" 






Tengok muka dah legam ni, tapi tetap tak kisah!!! ado aku kesah?? haha

kita "photobombkan" dia! hahaha

Tengok la muka nak balik dari Deep Sea ni, mmg sakaiii...buruk sgt! Sun burn habisss!


Lama jugak aku dekat terengganu, 2 hari aku stay dekat bandar Terengganu. Saja biarlah  dapat berjalan lama sikit. Bleh aku melawat tempat2 dekat bandar Terengganu. Untuk 2 hari tu aku menginap kat hotel biasa-biasa je. Aku takde la amek hotel yang rate Datinss2 sangat asyik nak memahal kan. Aku booked melalui call, sebab aku survey online je. tapi aku call and confrimkan tempahan awal. Menginap dekat J Suites Hotel area bandar, memang dekat dengan semua benda. Harga semalaman pun cuma dalam Rm110 je. Ok la bukan ada budak kecik, jadi muat dengan kami berdua. Hotel ni best! katil empuk, cantik n macam masih baru. Cuma agak susah nak cari parking laaa. Parking area yang disediakan terlalu sedikit.

2 hari di bandar Terengganu, banyak tempat yang aku pegi. Kira semua tapau la, korang layan gambar je mudah nak paham. aku celoteh panjang pun tak guna jugak kan.

Ni 1st day dekat Bandar Terengganu, aku dah pun jalan-jalan sekitar Pasar Besar Payang, punyalah perangai tak sabar tu menguasai diri. hahahaha..

Ni aku kat Pasar Besar Payang, mula-mula rasa taknak borong. Tapi bila dah sampai rambang plak mata aku ni, memang murah-murah keropok ikan dekat pasar ni, nak-nak kedai aku berdiri ni. Banyak2 kedai, kedai ni la memang murah.


Laluan area Lot-lot kedai batik di Pasar Besar Payang, bukan dekat tanah lot ok.. Tanah lot nanti ada rezeki lebih kita pergi ok..

2nd day pulak jalan dekat tempat menarik, melawat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, Masjid Terapung pun aku ada pergi and sempat solat magrib kat situ. Punyalah ramai orang, kebersihan masjid pun kurang disebabkan pengunjung yang tak bertggungjwb. Masjid Terapung tu dekat sangat dengan pantai tu yang ramai drop by untuk solat.

 Masjid Kristal, SubhanAllah sangat cantik..


Panas-panas pun sanggup aku merentungkan diri bergambar kat sini sebab memang cantik masjid ni. Cuma takde aku solat kat dalam. Area dalam ramai yang baring dan berbual-bual tak selesa untuk solat.


Ni untuk tatapan korang ye, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah. Masjidnya atas air tau..


Selain aktiviti meround, mesti ada aktiviti makan-makankan. Perut lapar mestilah nak yang sedap, nak-nak kat terengganu terkenal dengan hasil laut yang fresh.. Kita try kat satu tempat ni, cari-cari punyalah dekat rupanye.. Dekat Medan Ikan Bakar Kuala Ibai, betul-betul bawah jambatan. Sedap dan yang penting murah!!!! Disebabkan sampai awal lepas maghrib, ada pun seat kosong untuk kami berdua ni. phewwww! sebab tempat memang penuh dengan booked..
Layannnnnnnnnnzzzzzzssssssss.....!


 Orang ramai beratur untuk pilih makanan laut freshhh!

 Kami cuma pilih sotong, udang dan ikan siakap.. cukup la untuk 2 perut yang tangki kancil ni kan..;p

Muka kepenatan seharian berjalan-jalan.



Korang nanti aku sambung entry lain ok, sakit pinggang pulak la. tengah pms ni..
ok bye!





No comments:

Post a Comment