Assalamualaikum mysilent readers semua..!
korang rindu tak aku? lama kan aku menyepiiii sendu gitu! kahkah! disebabkan nak raya dan banyak hal mendatang, almaklum la bila bulan posa kan mood malas nak menghapdate blog, line enfon slow untuk transfer gambar. "alasan" ok.. ;p
Ni nak belanja cikit gambar org tua ni, si tukang karuttt! hahaha..9 ogos lepas birthday dia. Aku pun tak tau nak buat apa, bajet plak tak hadooo. selalunya aku akan buat kira-kira dan tiap bulan simpan duit untuk belikan hadiah mahal2. Tapi duit tu telah "burn" masa percutian aku dekat Pulau redang yg lepas.. huhu.. terimalah seadanya..;( jadi si tukang karut pn tak hado lah hadiah tahun ni.. Rasa ralat jugak la tak dapat nak bagi hadiah yang aku teringin nak bagi dekat, walaupun dia tak pernah mintak apa2 pun.. tetiba sedih plakkkkkkkkkk.. sob sob.. T_T
Cuma!!! JENG JENG JENG..........................................!
tak ada bajet pun aku cuba buat something yg lain, si tukang karut ni penah cite kat aku. Masa dia kecik dia tak pernah pun sambut hari lahir.. sedihnye sayu hati seorang isteri. Mana tak nya aku dulu kecik2 selalu sambut hari lahir siap ada birthday party lagi. Family dia ramai adik-beradik 11 orang jadi aku paham la kenapa tak dapat nak sambut hari lahir. Duit banyak nak guna untuk keperluan lain. Macam aku plak adik-beradik cuma 8 orang tu pun ramai woo! cuma kami akan sambut hari lahir beramai-ramai. Takdelah setiap hari lahir tu sambut. kumpul berjemaah dulu baru buat sambutan! hehe! Takpelah Ni dh kawin kita sebagai isteri nak buat sesuatu supaya suami rasa dihargai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Ni la encik tukang karut! kiki! i Love u..
Tengok betapa tersenyum lebar dia dapat "suprised gift" dr isteri dia. hehehe! Sampaikan ambil gift tu naik "forklift"! Dahsyat wooo! tergelak berguling bila akak runner ni bagi gmbar dekat whatsapp! hahahaha! Tak kisah la benda tak mahal tapi asalkan en.tukang karut gumbira sudahhhh! next yearlahh yerrr hadiah lain.. hehe!
Tengok la muka kegumbiraan tukang karut ni! hahaha! nsb la aku masukkan kat cini.
Sebenarnya kita sebagai isteri atau pasangan atau sebagai anak, kita perlu buat sesuatu yg baharu terhadap pasangan atau ibubapa kita supaya hubungan yang terjalin itu sentiasa bagaikan baru.
Jangan nnti ada masalah dengan pasangan kita kerap menyalahkan satu sama lain walhal kita tak pernah memikirkan apa yg telah kita buat terhadap pasangan kita.. Bagi aku, aku suka akan hubungan yg sentiasa penuh dengan kejutan! tp jgn plak kejutan yg bukan2..
Aku tempah suprised gift ni "online" je, murah plak tu! ada kek dan hamper coklat siap belon dan kad ucapan. korang boleh try buat mcm ni dekat pasangan.. Tapi aku pun nk mcm ni jugak!!!
syg..plsssss thun dpn bg cmni...........................;p
Mango kek! Yummiesss!
Terima kasih untuk kesabaran yg tak terhingga, menjaga aku bagaikan jaga budak kecik byk kerenah. Ni la tanda penghargaan yg mampu ca bg pada sayang.. sebagai tanda terima kasih yang tak terperi.. semoga hubungan kami berkekalan dengan penuh kejutan dan juga kebahagiaan dunia & akhirat.
Aku juga berdoa supaya korang semua bahagia di sisi suami dan anak2 tersayang..
Alhamdulillah syukur dengan kurniaan dariNya..;)




No comments:
Post a Comment