As-Salam, happy wednesday korang..! korang break1st apa pagi tadi?
Aku makan burger daging tapi kenapa lapar sangat perut ni. Aku bela saka ke atau aku yg saka?? haha! nak makan pun tak sempat sangat, mampu minum air je. Tapi korang mampu ke minum air tak kurus2 gak badan nie. Menternak lemak je la kejenya.
Pagi2 memang kene minum kopi, sebab aku jenis suka hidu aroma kopi tu. Takdela kopi mahal pun, aku minum Kopi Kapal Api je la, setengah orang cakap rasa tak sedap sebab keras sangat kopinya, tapi aku punya tekak aku punya suka la kan! Haha tak la, sebab bau kopi kapal api ni serius wangiiiiiiiiiiiii sangat!!!!! tenang je rasa bila sambil hirup tu sambil bau.. Hmmmmmmmmmmmmm. Ni aku tulis pun aku terbau2 plak. hehe jangan melelah air liur aku belanja korang gambar burger aku buat ok. Halal n bersih, yelah buat sendiri..
Resepi boleh stalk dan boleh share..;)
BEEF BURGER
Resepinya:
Daging hancur jenama Ramly atau sebagainya pun boleh
Serbuk lada hitam
Bawang besar di potong dadu
Roti burger jenama apa-apa pun boleh
Cara-cara
Satukan kesemua bahan iaitu daging kisar, bawang dadu dan lada hitam serta sedikit serbuk perasa jika perlu. Dah gaul sebati boleh digrill di dalam pan.
Siap grill boleh la hias ikut suka ya.. Opss lupa ada telur! Ikut suka kalau nak letak.



Lucky Club Casino site
ReplyDeleteLucky Club Casino | The top online gambling destination for online gambling. Get a first deposit bonus of up to €600 and a 100% up luckyclub.live to €600 deposit bonus! Rating: 4 · 8 votes